"Bukan Sekadar Umrah"
"Bukan Sekadar Umrah"
Umrah penuh pengisian dan penghayatan. Pengalaman dalam menguruskan jemaah Umrah dan Ziarah selama 6 tahun digabungkan dengan pengalaman dan ilmu Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamed membimbing jemaah Haji, Umrah dan Ziarah selama 20 tahun. Ditambah pula dengan pengelolaan di bawah Tuan Haji Yusof Wadi berpengalaman 25 tahun mengurus dan menyantuni jemaah Haji, Umrah dan pelancongan bersama Tabung Haji Travel & Services.
Keistimewaan zahazan travel & tours
Para jemaah akan mendapat banyak kelebihan dan keistimewaan apabila memilih pakej umrah dia Zahazan Travel & Tours
Penuh Pengisian, Bimbingan dan Penghayatan
Pakej Umrah Zahazan Travel & Tours adalah bermodulkan Kitab Turath karya Imam-Imam terkemuka dalam dunia Islam yang disampaikan oleh Guru Agama berpengalaman, disamping Mutawwif yang membimbing Ibadah Umrah jemaah melengkapkan Ibadah Umrah jemaah kami.
Ziarah Menghayati Sirah Perjuangan Nabi SAW
Pakej Umrah Zahazan Travel & Tours termasuk program Ziarah ke tempat-tempat terukir sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Islam yang unggul bagi menghayati Sirah Nabi SAW.
Pengangkutan dan Penginapan yang Selesa
Fokus perkhidmatan Zahazan Travel & Tours adalah memudahkan Ibadah Umrah jemaah, disamping menyediakan pengangkutan dan penginapan yang selesa.
Penerbangan terus
Kami di Zahazan Travel & Tours memilih penerbangan terus dari KLIA ke Madinah sebagai penerbangan utama bagi memberi perkhidmatan yang lebih selesa dan selamat.
Memori para jemaah umrah zahazan
Antara memori para jemaah ketika mengerjakan umrah bersama kami.
Daripada Jabir bin Abdullah RA, beliau berkata, “Rasulullah bersabda:
عَنِ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّه: صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيَمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ. وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيَمَا سِوَاهُ.
“Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih afdal daripada 1,000 solat di tempat selainnya, kecuali Masjidil Haram kerana solat di Masjidil Haram lebih afdal 100,000 kali daripada bersolat di masjid selainnya.” (Sunan Ibn Majah. Hadis dalam kitab Ahwab Iqamat al-Solat wa al-Sunnah Fiha. Bil. Hadis: 1406. Hadis sahih)Untuk Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai pakej kami, sila hubungi kami dengan menekan butang “Whatsapp Zahazan Travel”.